Syarat-Syarat Perlaksanaan
Aktiviti yang dijalankan adalah bersifat 'educational games' yang dijalankan secara berkumpulan. Berikut disertakan syarat-syarat perlaksanaan aktiviti sepanjang Sambutan World Environment Day 2019
1. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang peserta dari sekolah yang sama.
2. Pihak sekolah boleh menghantar lebih dari satu kumpulan.
3. Setiap kumpulan hendaklah mempunyai kelengkapan alat tulis, kalkulator dan telefon pintar Android BERSERTA data internet.
4. Peserta akan diberi taklimat tentang setiap tugasan yang diberi.
5. Dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh penganjur, peserta akan membuat Pengiraan IPU, Cari perkataan tersembunyi (word search puzzle) dan Kahoot.
6. Dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh penganjur, peserta akan menyiapkan tugasan kolaj alam sekitar dalam kumpulan masing-masing.
7. Kaedah pemarkahan adalah berdasarkan jumlah dari ketiga-tiga tugasan yang diberi.
8. Digalakkan guru yang dipertanggungjawabkan membuat pendaftaran untuk murid yang berminat menyertai program ini. Guru boleh daftar sebagai Pengguna Baru dan membina password baru bagi tujuan pendaftaran pelajar.
9. Guru pengiring wajib bersama dengan murid sepanjang program ini berjalan.
Sebarang petanyaan boleh hubungi Cikgu Ganesan di talian 016-3333534 / Jun 016-2208024.